Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KPN PANDANG SERIUS KES UGUT BUNUH KP JOHOR

Kuala Lumpur, 22 Disember 2020 - Polis memandang serius kes tiga individu dikatakan anggota kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang didakwa mahu membunuh Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador berkata, perkara itu sedang disiasat dengan teliti oleh pihaknya.

Apa juga ancaman untuk membunuh seseorang adalah satu kesalahan tanpa mengira apa jua latar belakangnya.

"Kita sedang meneliti kes ugutan dan masih dalam siasatan polis", katanya ketika dihubungi, semalam.

Ketika ditanya sama ada individu yang membuat ugutan itu lelaki sama yang mengugut ingin menyerang Bukit Aman sebelum ini, Tan Sri Abdul Hamid berkata, perkara itu sedang disiasat dan belum dapat dipastikan.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.


Image may contain: 1 person, text that says 'Pandang serius kes ugut bunuh KP Johor Kuala Lumpur: Polis seseorang adalah kesala- melaporkan polis lohor mendakwa ketua komander memandang tanpa mengira apa dengan kumpulan pengganas, LTTE anggota mava dikatakan ya meneliti dan Harimau sia- Ketua Kita sedang meneliti kes ugutan mah dalam siasatan Abdul hubung emalam. Negara, Bador ugutan Bukit ertahanan membu- untuk Individu terbabit yang menghanta ugutannya media membunuh mene- kepada sedang lapat hpas- mendakwa anggota Harian Metro sebelum sera- untuk ohor membunuh peliau. Sebelum seorang lelaki Polis Negara. Ketua'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS