Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PENUNGGANG BASIKAL CUAI BOLEH DIPENJARA

 
Kuala Lumpur, 24 Disember 2020 - Awas penunggang basikal yang cuai. Anda boleh dipenjara.

Itu amaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mereka yang menunggang basikal secara bahaya dan melulu di atas jalan raya.

Amaran itu menyebut: "Menunggang basikal secara bahaya dan melulu di atas jalan raya adalah satu kesalahan dan tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020."

Menurut PDRM, jika disabitkan kesalahan, penunggang basikal boleh dikenakan hukuman penjara sehihgga 12 bulan dan boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000".

Bercakap kepada Utusan Malaysia semalam, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkusaaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato’ Azisman Alias berkata, perkataan 'melulu' dalam akta berkenaan membawa maksud penunggang basikal menunggang dengan cara yang tidak cermat sehingga boleh membahayakan kenderaan lain.

Ikuti kupasan lanjut mengenai isu aktiviti penunggang basikal seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut.

Sumber: Utusan Malaysia

Image may contain: text that says 'Garis panduan penunggang basikal dirangka bahaya da inastergpmiedtn Ag MINGGUAN Polis yang Penunggang basikal cuai boleh dipenjara Penunggang basikal cuai boleh dipenjara Azisman menggunakan lorong danti ereka basikal Menurut kusaaan Hukit'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS