Semakan Status Panggilan Urusan Dokumentasi Konstabel Polis Gred YA1 (Wanita) akan bermula pada Isnin, 28 Disember 2020.
Semua calon yang telah mengisi permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Wanita) pada 20 September 2019 hingga 8 November 2019 boleh membuat semakan panggilan di e-Pengambilan PDRM,
https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my. Para calon yang tersenarai hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan di dalam Surat Panggilan Urusan Dokumentasi tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian Help Desk, 03-22668348/8350/8351 seperti yang tertera di Instagram dan Facebook Unit Pengambilan PDRM.
Sumber: Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia