Rantau Panjang, 25 Disember 2020 - Polis merampas 9,840 kilogram (kg) ayam sejuk beku bernilai hampir RM100,000 di Jalan Banggol Kulim, di sini, awal pagi semalam. Pegawai Pemerintah Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Tuan Azhari Nusi berkata, dalam kejadian jam 2.59 pagi itu, anggota terserempak sebuah lori yang keluar daripada Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.
Katanya, polis menahan kenderaan terbabit dan meminta pemandu berusia 24 tahun berasal dari Machang itu, mengemuka dokumen pengenalan diri dan invois muatan yang dibawa. "Setelah diperiksa, dokumen yang dikemuka dengan kuantiti kotak di dalam lori terbabit meragukan. Polis menahan pemandu.
"Pemeriksaan lanjut mendapati kuantiti jumlah kotak yang berisi ayam sejuk beku melebihi daripada jumlah dokumen," katanya. Tuan Azhari berkata, anggota merampas semua lebihan kotak yang berisi ayam sejuk beku, manakala yang diisytiharkan dipulangkan kepada pemilik seperti jumlah yang dinyatakan di dalam dokumen.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN