Menu

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: SINDIKET SELUDUP DADAH KE INDONESIA TUMPAS, SYABU BERNILAI RM1.07 JUTA DIRAMPAS

Johor Bahru, 29 Disember 2020 - Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah ke Indonesia dan merampas Syabu bernilai RM1.07 juta, menerusi empat serbuan di Muar dan bandar raya ini pada 26 dan 27 Disember.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, empat lelaki warga tempatan berusia 30 hingga 41 tahun, turut ditahan dalam operasi khas Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor Bahru dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor bermula pukul 6.30 petang sehingga 6.30 pagi itu.

Katanya, suspek yang ditahan masing-masing dipercayai berperanan sebagai ‘runner’ dan penjaga dadah.

Menurutnya, modus operandi sindiket itu adalah dengan menyembunyikan dadah di tempat penyimpanan tayar dan peralatan membaiki kenderaan.

“Sindiket ini dikesan beroperasi sejak awal Disember ini, yang mana modus operandi sindiket adalah dengan menyembunyikan dadah dalam kenderaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Kemudian, dadah ini dihantar ke Indonesia dengan menggunakan bot melalui jalan laut untuk kegunaan pasaran tempatan di negara itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1916749
Sumber:
BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS