Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] SERANGAN SIBER: NC4 INGATKAN AGENSI KERAJAAN, INDIVIDU

Kuala Lumpur, 31 Disember 2020 - Pusat Penyelarasan Siber Negara (NC4) mengingatkan semua agensi kerajaan mahupun individu supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyelamatkan data daripada menjadi serangan siber.

Serangan itu bermula 29 Disember lalu dan dijangka berlarutan sehingga 5 Januari ini.
Tambah NC4, pihaknya melihat beberapa percubaan serangan yang menyasarkan banyak organisasi di Malaysia.

Insiden itu turut dikesan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila mendapati berlaku serangan siber terhadap rangkaian data miliknya kelmarin.

"NC4 turut mengingatkan Pentadbir Sistem dan Pentadbir Rangkaian untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan siber yang mencukupi bagi memastikan sistem dan rangkaian sentiasa selamat," kata badan itu dalam kenyataan di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia

1111
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS