Menu

ARTIKEL PILIHAN: SUSPEK KES SERANG ANGGOTA PGA DIHADAPKAN KE MAHKAMAH

Kangar, 5 Januari 2021 - Dua petani Thailand yang terbabit kes serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar pada 24 November lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan memasuki negara ini tanpa pas sah.

Mengikut pertuduhan, Dah Wae Hatama, 36 tahun, didakwa tidak memiliki apa-apa pas sah yang dikeluarkan mengikut undang-undang untuk masuk ke negara ini ketika ditahan di sebuah pondok di Batu 20, Jalan Padang Besar pada 8.26 pagi, 24 November 2020.

Manakala rakannya, Mahyee Ma-ae, 34 tahun, turut didakwa atas kesalahan sama ketika ditahan di sebuah rumah di Batu 22, Jalan Padang Besar pada 8 pagi, tarikh serupa.

Berikutan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melanggar Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara lima tahun dan sebatan enam kali.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../suspek-kes-serang-anggota...


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS