Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] VIDEO TULAR: LELAKI DITAHAN KES PUKUL PEKERJA STESEN MINYAK

Jelebu, 5 Januari 2021 - Polis menahan seorang lelaki yang dikehendaki polis berhubung kes pukul pekerja di sebuah stesen minyak dengan topi keledar dalam kejadian di Kuala Klawang di sini bulan lalu.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan suspek memukul mangsa berusia 20 tahun tular di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Jelebu, DSP Maslan Udin berkata, suspek yang berusia 39 tahun dan beralamat dari Kampung Petasih Hulu di sini ditahan pada jam 4.30 petang Isnin.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Jelebu pada Selasa untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya.

Menurutnya, kejadian pada 19 Disember itu berlaku pada jam 4.30 petang apabila suspek secara tiba-tiba berang kerana mangsa memintanya menunggu ketika mahu mengisi minyak.

"Disebabkan juruwang tiada di kaunter, mangsa meminta suspek untuk menunggu kerana mangsa perlu mengaktifkan pam sebelum mengisi minyak.

"Namun suspek tidak terima alasan berkenaan terus memarahi mangsa kerana meletakkan pam minyak pada motosikalnya," katanya lagi kepada Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, suspek bertambah marah apabila berlaku sedikit tumpahan minyak ketika mangsa sedang mengisi minyak lalu bertindak membaling wang kepada mangsa.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian berikut.

Sumber:
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS