Menu

POSTING PILIHAN: ENAM INDIVIDU DITAHAN BAGI SIASATAN KES DERA KANAK-KANAK HINGGA MAUT PECAH USUS

 
Rawang, 6 Januari 2021 - Disepak, ditendang sehingga usus pecah. Itu perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak perempuan yang maut didera nenek saudaranya, 30 Disember lalu.

Mangsa berusia 5 tahun dipercayai diperlakukan sedemikian oleh suspek yang juga warga Indonesia berusia 55 tahun sejak tinggal bersama pada 2017.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Tuan Arifai Tarawe berkata, mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh ibu saudaranya di rumah mereka di Kampung Sungai Chinchin jam 7 malam sebelum menghubungi ambulans.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

"Berdasarkan keputusan bedah siasat itu, polis menahan enam individu masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 55 tahun termasuk suspek utama yang juga nenek saudara mangsa untuk siasatan lanjut.

"Pemeriksaan lanjut juga menemui kesan parut lama tubuh mangsa dicucuh dengan ubat nyamuk yang dibakar," katanya dalam sidang media di Balai Polis Rawang, di sini, hari ini.

Katanya, sebelum ini polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut sebelum membuka siasatan sebagai kes bunuh kerana terdapat unsur jenayah pada mangsa.

Kesemua suspek ditahan 1 Januari lalu kini direman selama enam hari sehingga 7 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../kanak-kanak-5-tahun-pecah...

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS