Kuching, 8 Januari 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas rokok pelbagai jenama dan minuman keras bernilai lebih RM3 juta menerusi Op Libas di dua lokasi berasingan, di sini, kelmarin.
Komander PGA Briged Sarawak, SAC Tuan Mancha Ata berkata, dalam operasi di Batu 13 Jalan Kuching-Serian kira-kira jam 1.00 pagi, sepasukan anggotanya melakukan pemeriksaan ke atas tiga lori mencurigakan yang ditinggalkan di kawasan sebuah bengkel.
"Hasil pemeriksaan menjumpai pelbagai jenis rokok putih berjumlah 5,000 kartun dianggarkan sejuta batang, 1,610 kotak minuman keras jenis tin dan 87 kotak minuman keras jenis botol.
"Semua barang itu kemudian dirampas kerana disyaki belum mendapat kelulusan kastam dan anggaran keseluruhan rampasan termasuk lori adalah berjumlah RM1,348,861.64," katanya.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.
Sumber: Berita Harian Online
