Menu

#PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: KES BAHARU COVID-19 DIJANGKA 8,000 SEHARI PADA MAC

Kuala Lumpur, 8 Januari 2021 - Statistik kes baharu COVID-19 berkemungkinan meruncing dengan unjuran 8,000 kes sehari seawal minggu ketiga Mac depan, sekiranya nilai kebolehjangkitan (RO) melepasi kadar 1.2.

Sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikekalkan dengan RO dicatat pada kadar 1.1, unjuran kebolehjangkitan COVID-19 mencecah 8,000 kes sehari dapat diperlahankan sehingga minggu kedua Mei.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meramalkan gelombang ketiga pandemik itu boleh meningkat secara mendadak kepada 5,000 kes harian menjelang minggu ketiga Februari dan terus melonjak pada Mac jika RO kekal pada tahap 1.2.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah menegaskan adalah penting RO diturunkan kepada nilai atau kurang daripada 0.5 untuk mengawal jangkitan sepenuhnya.

"Jika RO meningkat pada kadar 1.2, kes harian COVID-19 boleh mencecah 3,000 kes pada minggu keempat bulan ini, namun statistik itu mungkin bermula pada minggu kedua Februari jika RO ialah pada 1.1," katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: text that says 'Kes harian berisiko cecah 8,000 pada Mac KesbaharuCOVID-19 merun ing jumlah kes baharu berisiko men 8,000 sehari seawal ketiga Mac jika nilai kebolehjangkitan melepasi kadar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, menegaskan adalah penting RO diturunkan kepada kurang mengawal jangkitan sepenuhnya. Semalam, Malaysia mencatatkan harian tertinggi iaitu 3,027 jangkitan Muka16'
Image may contain: text that says 'Penularan COVID-19 Kes baharu dijangka 8,000 sehari pada Mac Nilai kebolehjangkitan pada paras 1.07 sehingga 5 Januari lalu PKP Model SEIR: Kes harian COVID-19 yang dilaporkan dan unjuran Pemulihan Oleh Latifah latifah@bh Unjurank PKPD/PKPP (senario semasa jika dipantau 8,000 kes harian minggu keempat Statistik COVID-19 S cengan mingou 2021 4,000 5,000 3,000 harian minggu kedua April 2021 Sekiranya Perintah Kawalan 2,000 1,000 R=1.1 harian minggu kedua Februari 2021 sehingga mendadak bantuan pernafa- kata. Abdullah jumlah 1043 mengawal yang lapangan ar.1.2. harian.co mun statistik mungkin ber- rawat Unit Rapi 9,002 pening Sabah dengan pe-'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS