Menu

#PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG ARTIKEL PILIHAN: PENYELUDUP DIKESAN AMBIL KESEMPATAN REDAH SUNGAI GOLOK KETIKA BANJIR

Kuantan, 8 Januari 2021 - Keadaan paras air yang meningkat akibat banjir yang berlaku di Kelantan diambil kesempatan oleh penyeludup untuk melintasi sempadan Sungai Golok, Thailand-Kelantan bagi menjalankan aktiviti haram mereka.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar yang mendedahkan perkara itu berkata keadaan itu menyebabkan semakin banyak laluan air yang boleh dilalui oleh penyeludup.

“Ini memberi peluang kepada (penyeludup) menyeberang masuk menggunakan bot galah ke kawasan yang lebih luas daripada kawasan rondaan Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Lebih memburukkan keadaan apabila tujuh pos kawalan PGA di tepi sungai berkenaan turut ditenggelami air dan PGA terpaksa membuat rondaan di kawasan lain menggunakan bot,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1919812

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS