Kuala Lumpur, 9 Januari 2021 - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memberikan bantuan berjumlah RM15,000 kepada anak-anak anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu meringankan perbelanjaan persekolahan mereka.
Pengerusinya, Encik Wan Saiful Wan Jan berkata, bantuan itu disalurkan melalui Persatuan Penduduk Perumahan PDRM di kawasan Setiawangsa yang akan diagihkan kepada 10 kawasan perumahan PDRM.
“Pemberian bantuan berkenaan bertujuan membantu meringankan bebanan keluarga yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan dijangka akan memberikan manfaat kepada para pelajar.
“Ia adalah usaha PTPTN dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat. PTPTN menghargai tugas dan tanggungjawab anggota PDRM sebagai barisan hadapan dalam menjaga keselamatan negara dan mengekang wabak Covid-19”, katanya.
Hadir sama, Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan PDRM Menara Seri Kemboja, Sub Inspektor Nordin Abdul Razak, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Pengerusi-Pengerusi Perumahan PDRM.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian