Menu

#PKPB #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS PERTINGKAT PEMANTAUAN PATUH SOP

Kuala Lumpur, 9 Januari 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani semalam mengarahkan semua kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan COVID-19, susulan peningkatan membimbangkankan kes jangkitan virus berkenaan.

Antara tumpuan utama adalah perhimpunan membabitkan kehadiran ramai dan pematuhan SOP penjarakan fizikal yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Dato’ Sri Acryl Sani berkata, PDRM yang mengetuai pasukan petugas operasi pematuhan SOP akan mempertingkatkan pemeriksaan, terutama di kawasan sesak dan tumpuan ramai.

"Pasukan petugas operasi pematuhan diketuai PDRM dari semasa ke semasa meningkatkan tindakan. Sebagai contoh, polis Kelantan baru-baru ini mengeluarkan kompaun kepada individu terbabit dalam aktiviti pesta air.

“Tindakan itu diperluaskan kepada semua kontinjen, bukan saja untuk kegiatan pesta air, bahkan apa juga sambutan membabitkan perhimpunan ramai yang menjadikan isu penjarakan fizikal masalah utama sekarang ini”, katanya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: text that says 'Polis pertingkat pemantauan patuh SOP Susulan kenaikan mendadak kes positif COVID-19 dan sikap masyarakat yang mula tidak mengambil berat prosedur operasi standard (SOP), Bukit Aman mengarahkan semua kontinjen polis mempertingkatkan pemantauan pematuhan bagi mengekang penularan wabak itu. Pakar kesihatan pula mengesyorkan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara bersasar yang disifatkan langkah terbaik bagi mengekang penularannya. Sementara itu, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana bimbang pelaksanaan semula PKP akan menyebabkan banyak peniaga gulung tikar dan meningkatkan pengangguran. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman khas langkah kawal pandemik, Isnin ini. Muka 2,'

Image may contain: 1 person, text that says 'Penularan COVID Polis pertingkat 19 pantau SOP deran Tumpuan utama babit perhimpunan ramai, pematuhan penjarakan fizikal aksat Tindakan itu diperluaskan kepada semua kontinjen bukan kegiatan pesta bahkan apa juga sambutan ramai yang menjadikanisu fizikal masalah tama bdullah perhalusi segera kawal pandemik'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS