Menu

#PKPP #COVID-19 [KERATAN AKHBAR PILIHAN] COVID-19: POLIS KENAKAN TINDAKAN TEGAS TERHADAP INDIVIDU ABAI SOP

Kuala Lumpur, 11 Januari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan bertolak ansur, malah akan bertindak lebih keras dengan tidak memberi muka kepada sesiapa sahaja bagi menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di lokasi tumpuan awam.
 
Setiap hari secara purata, polis melakukan 45,000 hingga 50,000 pemeriksaan di seluruh negara dan tidak mustahil akan meningkatkan lebih banyak lagi penguatkuasaan SOP bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Memberitahu Utusan Malaysia, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, sebanyak 2,700 pasukan pematuhan melibatkan 12,000 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi digerakkan ke lokasi-lokasi awam bagi melakukan pemeriksaan rawak di premis-premis tumpuan orang ramai.

Penegasan di dalam pematuhan SOP kini menjadi fokus utama PDRM ekoran kes harian positif COVID-19 semakin membimbangkan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysia berikut.

Sumber:
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, text that says 'Tak beri muka sediaan Kerap pantau lokasi tumpuan, terus saman individu abai SOP Tak beri muka digerakkan gan imejadi darinada_herse Ditanya ke- ABDULLAH'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS