#PKP #PKPB #COVID-19
Kuala Lumpur, 13 Januari 2021 - Kerajaan beri tempoh kepada orang ramai yang berada di kampung halaman supaya pulang segera ke rumah mereka selewat-lewatnya Jumaat ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran itu diberikan selepas berbincang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, kelonggaran turut diberikan kepada mereka yang sudah membeli tiket penerbangan dan bas ekspres walaupun perjalanan dibuat selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa hari ini.
"Kelonggaran hanya diberi kepada mereka yang mempunyai sebab tertentu (kerana) ada yang saya difahamkan, melawat keluarga sakit di hospital dan akan pulang dua hari lagi iaitu Khamis misalnya.
"Maka saya sudah bincang dengan PDRM, kes tertentu seperti ini dibenarkan (rentas negeri).
"Jadi jangan bimbang kaIau mereka terperangkap di kampung seperti dulu, masa PKP dulu hingga kita terpaksa buat program khas benarkan yang terperangkap balik, cuma yang mana ada di kampung dan belum pulang saya harap pulang segera paling lewat pun Jumaat ini," katanya.
Dato’ Sri Ismail Sabri berharap tiada rakyat terperangkap di kampung selama dua minggu tempoh PKP 2.0 dilaksanakan selepas kelonggaran itu diberikan.
Sumber: Harian Metro
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN