Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: CUTI SEMUA POLIS DIBEKUKAN

#PKP #PKPB #COVID-19

Kuala Lumpur, 13 Januari 2021 - Cuti kesemua anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibekukan bagi sepanjang tempoh pelaksanaan darurat di seluruh negara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di enam negeri bermula hari ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador memberitahu Utusan Malaysia, cuti-cuti yang mempunyai alasan mendesak sahaja akan dibenarkan.

"Banyak pengalaman telah ditimba daripada penugasan PKP peringkat pertama dahulu, adalah diharapkan petugas di bawah cekap mengesan mana-mana individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

"Ketegasan PDRM adalah semata-mata bagi mencapai matlamat PKP ini untuk mengurangkan 'contact' sesama manusia," katanya.

Dalam perkembangan sama, Tan Sri Abdul Hamid memberitahu, tugasan PDRM tidak berubah melainkan penguatkuasaan lebih tegas akan dilakukan sepanjang tempoh sama.

Jelasnya, penegasan penguatkuasaan itu juga terpakai di enam negeri lain yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan sebagai langkah proaktif membendung COVID-19.

"Pengisytiharan darurat tidak mengubah atau membezakan penugasan penguatkuasaan PKP dan PKPB yang akan mengambil tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” ujarnya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di lampiran.

Sumber: Utusan Malaysia

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN 

Image may contain: one or more people and people on stage, text that says 'Penugasan PDRM tidak berubah Cuti semua polis dibekukan LUMPUR: dibenarkan. pengalaman ainkan lebih penegasan penguat- esiapa Pengawalan Penyakit ahli lauia tindakan kompaun,' neuan, ialasan mendesak sahaja gasan PDRM mengubah berubah tindakan mengikut Pencega- dahulu. ORANG SEJARAH DARURAT MALAYSIA 1.DARURAT sebelum pelaksanaan Perintah British November sk pelaksanaan ekoraneularaovid-19 SEMPORNA, 2.DARURAT Abdul dibubarkan Parlimensudah SABAH(2020) diisytiharkandi'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS