Menu

POSTING PILIHAN: POLIS KL TAHAN TIGA LELAKI, RAMPAS DADAH BERNILAI RM4.3 JUTA

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 #WarAgainstDrugs

Kuala Lumpur, 13 Januari 2021 - Tiga orang ahli sindiket pengedaran dadah ditahan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM4.3 juta dalam dua tangkapan berbeza pada 8 dan 9 Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Saiful Azly Kamaruddin berkata, ketiga-tiga lelaki warga tempatan itu ditahan dalam dua serbuan oleh sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sentul di Jalan Metro Perdana, Barat 7, Kepong, Kuala Lumpur dan Jalan Indah, Seri Kembangan, Selangor.

“Bertindak atas maklumat pada 8 Januari 2021, lebih kurang pukul 4.30 petang pasukan polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun di Kepong. Hasil pemeriksaan polis berjaya merampas 1,030 gram Methamphetamine, 1,155 biji pil Eramin 5 dan 192 gram Ekstasi.

Hasil soal siasat yang dijalankan, pada 9 Januari, pihak polis telah menahan dua orang lagi lelaki warga tempatan berusia 20 tahun di Seri Kembangan, Selangor.

“Turut dirampas wang tunai RM106,166 dan pada hari sama kira-kira pukul 8 malam, pasukan serbuan telah pergi ke sebuah Residensi di Seri Kembangan, Selangor.

“Hasil pemeriksaan di dalam rumah tersebut, pihak polis telah berjaya menjumpai beberapa jenis dadah yang terdiri daripada 680 gram Methamphetamine, 158,500 biji pil Eramin 5, 3,710 gram Ekstasi, 21,210 gram serbuk MDMA, 12,500 cecair MDMA, 100 batang rokok Ganja, dan 8,920 gram Ketamin.

“Dengan tangkapan ini, pihak polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi oleh warga tempatan,” ujarnya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.kosmo.com.my/.../tiga-lelaki-ditahan-dadah.../

Sumber: dan 
Kosmo Online

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: 1 person, on stage
Image may contain: 2 people, people standing, text that says 'IBU PEJ NTI JEN POLIS UMPUR M'
Image may contain: 1 person
Image may contain: 1 person, standing
Image may contain: 2 people, people standing
Image may contain: 1 person
Image may contain: food
Image may contain: food and indoor
No photo description available.
No photo description available.
Image may contain: text that says 'Ketiga-tiga suspek bergiat aktif dalam kegiatan pengedaran dadah kawasan Lembah Klang sejak bulan yang lalu. Dengan tangkapan ini, pihak Polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang didalangi oleh warga tempatan. sekitar Jumlah keseluruhan rampasan dadah boleh dibekalkan kepada 195,480 orang pengguna (user) dadah. Nilai rampasan dadah RM4,3 230.00 Nilai rampasan sitaan wang tunai RM1 160,366.00 Nilai rampasan sitaan kenderaan RM93,000.00 NILAI KESELURUHAN RAMPASAN DAN SITAAN RM4,562,596.00 (DATUK SAIFUL AZLY BINHJ. KAMARUDDIN) CP KETUA POLISKUAUALUMPUR. LUMPUR. (Dikeluarkan Januari 2021)'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS