Masyarakat dinasihatkan agar berwaspada dengan penyebaran emel yang kononnya memaklumkan bahawa penerima telah memenangi hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 daripada PETRONAS Mesra Bonanza 2021.
Syarikat PETRONAS menegaskan bahawa emel yang dihantar kepada orang ramai tersebut bukan daripada mereka dan menasihati masyarakat agar berwaspada dengan sindiket penipuan dalam talian yang cuba menipu dengan promosi tersebut.
Sebarang keraguan atau pertanyaan, sila hubungi Mesralink di talian 1-300-88-8181.