Menu

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: 32 INDIVIDU KENA TAHAN INGKAR SOP

Kuala Lumpur, 17 Januari 2021 - Biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki hari keempat semalam, masih ada yang ingkar larangan merentas negeri dan daerah apabila 32 individu ditahan atas kesalahan itu, kelmarin.

Mereka adalah antara 472 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, berkata daripada jumlah itu, 457 dikenakan kompaun, manakala 15 lagi ditahan reman kerana melakukan pelbagai kesalahan ingkar arahan PKP.

Katanya, kesalahan dikesan adalah tidak memakai pelitup muka sebanyak 182 kes, gagal menyediakan peralatan rekod butiran pelanggan (85 kes) dan premis beroperasi lebih masa.

"Polis turut mengesan 66 kesalahan premis beroperasi lebih masa dan beroperasi tanpa kebenaran, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (65 kes) serta kesalahan merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran (32 kes) serta 42 lain-lain kes," katanya dalam kenyataan harian COVID-19, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.

Sumber: Berita Harian Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN.

Image may contain: one or more people and outdoor, text that says 'RM Ketua Polis Daerah Seberang Perai operasi standard Butterworth, semalam. Komisioner Noorzainy Mohd individu Kuala Lumpur: Biarpun Perin- Kawalan Pergerakan (PKP) ditahan kerana gagal mematuhi prosedur Saad/BH) gkar arahan PKP. Katanya, atas Cecolabar dikesan sebanyak 32 individu kena tahan ingkar SOP ngan merentas negeri seluruh 'Daripada jumlah negara bermula 8,588 individ coиpr prosedur Pemu- seramai proses manakal 540 ihantar hospital Kanan Menteri jumlah kompaun, di- pemerik- ebenaran sekatan name lakukan pelbagai kesalahan meng- harian dalam semalam. Kerajaan mengumumkan pulang tapak sert (ILA). tidak SOP tutup, selain katanya.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS