Menu

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: PENJAWAT AWAM INGKAR PKP BAKAL DIKENAKAN TINDAKAN

Kuala Lumpur, 18 Januari 2021 - Bersedialah untuk menerima tindakan dan dikenakan hukuman. Itulah peringatan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali kepada 1.6 juta penjawat awam sekiranya mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan kerajaan ketika ini.
Beliau berkata tindakan undang-undang diputuskan kerajaan tidak akan terkecuali kepada mereka yang melanggar arahan pematuhan ditetapkan itu termasuklah terhadap penjawat awam sendiri.

“Sama sahaja. Sekiranya mereka melanggar prosedur (PKP) mereka akan tetap dikenakan hukuman. Jadi peringatan kepada penjawat awam, sekiranya mereka ini tidak bersedia untuk dikenakan tindakan, hendaklah mematuhi SOP yang telah diputuskan dalam PKP,” katanya.

Bercakap kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini, Tan Sri Mohd Zuki menegaskan setiap keputusan diambil dan dilaksanakan kerajaan itu adalah untuk memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19 yang kini semakin meningkat setiap hari.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1922991

Sumber: 
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS