Kuala Terengganu, 21 Januari 2021 - Polis Terengganu akan mengadakan 25 sekatan jalan raya (SJR) bermula 12.01 malam ini di seluruh negeri untuk menghadkan pergerakan orang ramai serentak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Roslee Chik berkata, lima daripada 25 SJR itu akan diadakan selama 24 jam di sempadan negeri iaitu dua di Besut dan tiga di Kemaman.
"20 lagi SJR akan dilakukan secara bergerak dalam tempoh antara empat hingga enam jam di sesebuah lokasi iaitu empat di Setiu, Kuala Terengganu (tiga), Dungun (dua), Kemaman (satu), Marang (tiga), Hulu Terengganu (tiga) dan Besut (empat)”, katanya dalam temu ramah menerusi Facebook Live Terengganu FM, hari ini.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN