Menu

AL-FATIHAH: BEKAS ANGGOTA POLIS WANITA TERAWAL PDRM MENINGGAL DUNIA

 

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga bekas anggota polis wanita terawal PDRM, Allahyarhamah Koperal (Bersara) RF138 Ramlah Salleh yang telah kembali ke rahmatullah akibat jangkitan kuman pada paru-paru di Hospital Selayang, Selangor, semalam.

Allahyarhamah merupakan antara individu yang pernah mencatat sejarah sebagai salah seorang daripada 54 anggota wanita pertama diterima menyertai Pasukan, 65 tahun lalu.

Semoga roh Allahyarhamah Koperal Bersara RF138 Ramlah Salleh dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Al-Fatihah.

 
Image may contain: ‎1 person, ‎text that says '‎إقابدي AL-FATIHAH SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA Koperal (B) Ramlah Salleh Ikhlas daripada: IG Tan Sri Dato Seri Abdul Hamid Bador & Seluruh Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) f Polis Diraja Malaysia pdrmsia_of official PDRMsia PDRMsia‎'‎‎
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS