Kuala Lumpur, 23 Januari 2021 - Menteri Kewangan, Tengku Dato' Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bersama Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri 1, Dato' Sri Dr. Ismail Mohamed Said, pagi tadi membuat lawatan di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Jalan Duta bagi menyantuni warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang bertugas.
Lawatan kerja kedua-dua ahli kabinet kerajaan itu diiringi oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Tuan Haji Zulkefly Yahya.
Selain menyampaikan sedikit sumbangan, kedua-dua pemimpin tersebut sempat meluangkan masa menjamu selera bersama para petugas barisan hadapan di lokasi SJR sebagai tanda penghargaan di atas khidmat bakti yang telah mereka curahkan selama ini.
Tuan Zulkifly yang ditemui selepas itu berkata, pihaknya amat berbesar hati dan memberikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dato' Seri Tengku Zafrul dan Dato' Sri Dr. Mohamed yang telah sudi meluangkan masa menyantuni warga PDRM di lapangan.