Menu

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 [UPDATE] KES TULAR: MAKI DAN PROVOKASI POLIS, DUA LELAKI AKHIRNYA MENGAKU SALAH DI MAHKAMAH

Georgetown, 23 Januari 2020 - Dua mengaku bersalah manakala dua lagi minta dibicarakan atas pertuduhan menghalang penjawat awam melakukan tugas dalam insiden kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sri Tanjung, Tanjung Tokong, di sini Ahad lalu.

Tertuduh, Shahrizal Anuar, 38, dan Mohd. Safwan Akbar, 29, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Georgetown, di sini hari ini ketika pertuduhan itu dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Puan Rosnee Mohd. Radzuan.

Bagaimanapun, dua lagi tertuduh, Mohd. Hafiz Nasri Shah, 28, dan Mohd. Danial Al Arabia Mohd. Rafi, 24, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan sama.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan cara membuat provokasi terhadap tiga anggota polis 17 Januari lalu pada pukul 5.40 petang di simpang lampu isyarat Jalan Tanjong Tokong, di sini.

Kesalahan itu dituduh mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian menetapkan 25 Januari ini sebagai tarikh menjatuhkan hukuman terhadap Shahrizal dan Mohd. Safwan manakala 25 Februari depan ditetapkan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam terhadap Mohd. Hafiz dan Mohd. Danial Al Arabia.

Sementara itu, di hadapan majistret sama, keempat-empat mereka serta tiga yang lain iaitu Azizul Mohamad, 45; Mohd. Idris Ayob, 25, dan Danish Ikmal Mohd. Shafiq Samugam, 20, mengaku bersalah atas pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di lokasi dan masa yang sama.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di lampiran.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

No photo description available.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS