Menu

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG KERATAN AKHBAR PILIHAN: NILAI RAMPASAN DI KAWASAN SEMPADAN NAIK TIGA KALI GANDA

 
Padang Besar, 24 Januari 2021 - Rampasan barangan seludup di negeri ini mencatatkan peningkatan tiga kali ganda iaitu sebanyak RM3 juta sepanjang tiga minggu bulan ini berbanding RM1 juta pada Januari tahun lalu.

Ketua Polis Perlis, SAC Dato' Surina Saad berkata, jumlah tersebut melibatkan rampasan yang dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) negeri, dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Katanya, bagaimanapun, dari segi jumlah kes pula menyaksikan penurunan sebanyak enam peratus bagi tempoh yang sama.

"Aktiviti penyeludupan ini melibatkan pelbagai barangan termasuk kesalahan melibatkan Akta Kastam 1967, Akta Racun 1952, Akta Makanan 1983 dan sebagainya.
"Jika melibatkan ketum pula, sejak awal tahun sehingga kini, terdapat 12 kes yang merangkumi jumlah keseluruhan rampasan kira-kira 5 tan," katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo di lampiran.

Sumber: Kosmo

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: one or more people, text that says 'Nilai rampasan di kawasan sempadan naik tiga kali ganda PADANG Rampasan peratus seludup tempoh tiga RM3 pada melibatkan pelbagai barangan esalahan melibatkan Racun harap dengan adanya Perintah 2.0, penyeludupan akan se- makin akanan erse- sejak awal SURINA (dua Padang membantu ketum pula, sehingga kini, Narkotik (JSJN), Agensi pemantauan keseluruhan dapat Bukit. Jalan lepas demikian bagaimanapun, penurunan sebanyak enam ()K Jalan kem Tasoh, sini yang bulan enayah Sementara beliau ber- ujarnya. itu,'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS