Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 78,000 DIBURU POLIS TERLIBAT DALAM JENAYAH, DADAH DAN PENIPUAN - KPN

Kuala Lumpur, 27 Januari 2021 - Seramai 78,026 individu berada dalam senarai orang dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terlibat dalam pelbagai jenayah dengan sebahagian besarnya berkaitan dadah dan penipuan.

Sebahagian daripada individu berkenaan dipercayai masih berada di negara ini. Polis juga percaya ada yang individu yang diburu telah melarikan diri ke luar negara.

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, kesalahan paling tinggi yang membabitkan penjenayah paling dikehendaki adalah membabitkan jenayah narkotik, sekali gus menjadikan masalah dadah serius di negara ini.

Katanya, sebanyak 43,172 orang terdiri daripada ahli sindiket dadah dan juga penagih diburu.

Dalam pada itu kata Tan Sri Abdul Hamid, sebanyak 18,497 orang pula adalah mereka yang diburu membabitkan kesalahan jenayah komersil termasuk suspek penipuan dan pengubahan wang haram.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di lampiran.

Sumber: Utusan Online

Image may contain: 1 person, text that says '78,000 diburu polis Darimuka1 43,172 penagih Statistik orang dikehendaki mengikut jabatan sehingga 2020 JABATAN UMLAH Abdul Jumlah 78,000 Terlibat dalam jenayah, dadah dan penipuan diburu polis OlehMASZUREENHADZMAN besarnya berkaitan Hamid 78,026 menyebabkan mereka tinggi Dolia dalam pelbagai jenayah Utu- san Malaysia, Ketua Polis Ne- dadah negara Bersambung Kes jenayah yang dilakukan termasuk semua kesalahan di bawah jenayah indeks jenayah jenayah benda.' bawah ebiasaannya mahkamah'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS