Menu

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: POLIS TEGAS PANTAU SOP KETIKA PKP, PKPB - KPN

Kuala Lumpur, 26 Januari 2021 - Polis terus tegas menjalankan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB), PKP Diperketatkan (PKPD) dan PKP Pemulihan (PKPP) bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, kerjasama pelbagai agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan memastikan penugasan pemantauan SOP itu dijalankan secara lebih berkesan serta menyeluruh.

"Pematuhan SOP seperti penjarakan fizikal amat penting bagi meminimumkan risiko jangkitan COVID-19.

"Memang pasukan pematuhan tegas melaksanakan penguatkuasaan dan setiap hari ratusan orang disaman”, katanya kepada BH, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/…/polis-tegas-pantau-sop-ketika-…

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Hamid yakin tindakan tegas pematuhan SOP dilakukan polis dengan kerjasama ATM dan RELA dapat memutuskan rantaian pandemik.-/Foto NSTP
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS