Kuala Lumpur, 26 Januari 2021 - Wanita yang berdepan keganasan rumah tangga ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), boleh mendapatkan perlindungan dengan menghubungi pihak polis di talian 999.
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dalam kenyataannya berkata, kes keganasan rumah tangga meningkat dengan ketara sepanjang pelaksanaan PKP, sejak tahun lalu.
"Penting untuk wanita mengetahui bagaimana mendapatkan pertolongan sekiranya berdepan keganasan rumah tangga sepanjang PKP ini.
"Selain membuat laporan polis, individu yang berdepan keganasan rumah tangga juga boleh mendapatkan perintah perlindungan serta rawatan perubatan”, kata kenyataan itu.
Justeru, mangsa atau jika ada seseorang yang dikenali mengalami penderaan rumah tangga atau sebarang bentuk keganasan berasaskan gender, mereka juga boleh menghubungi WAO menerusi talian 24 jam, 03-79563488 atau applikasi WhatsApp, Think I Need Aid (TINA) di 018-9888058.
Talian lain boleh dihubungi termasuk Talian Kasih di 15999 (24 jam) atau melalui WhatsApp di 019-2615999; Befrienders KL (03 7627 2929) dan Malaysia Emergency Response Service (MERS), 999.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.
Sumber: Berita Harian Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN