Menu

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 #OP_BENTENG KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS PANTAU KEMASUKAN ROHINGYA

Petaling Jaya, 26 Januari 2021 - Seramai 281 pelarian etnik Rohingya yang melarikan diri dari kem perlindungan sementara di Balai Latihan Kerja (BLK) Lhokseumawe, Aceh di Indonesia kelmarin menimbulkan tanda tanya di mana mereka berada ketika ini.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar mengesahkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Menurut beliau, pihaknya turut menggerakkan pasukan pemantau di seluruh kontinjen dan kawasan-kawasan sempadan bagi mengesan kumpulan pelarian itu.

"Baru-baru ini kita pernah melakukan tangkapan terhadap pelarian Rohingya yang cuba masuk ke negara ini di Klang, Selangor.

"Siasatan mendapati mereka datang dari Tanjung Balai dan masuk ke negara ini.

"Kita percaya mereka daripada kumpulan sama memandangkan kedudukan Tanjung Balai di Sumatera dekat negara kita”, kata beliau ketika dihubungi, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia di lampiran.

Sumber: Utusan Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS