Menu

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: SUAMI ISTERI PJJ, TETAP PERLU KEBENARAN POLIS UNTUK BERTEMU

Kuala Lumpur, 27 Januari 2021 - Mulai hari ini, pasangan suami isteri jarak jauh yang berada di lokasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenar merentas negeri untuk pulang berjumpa pasangan masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, berkata menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) kelmarin, kerajaan bersetuju memberi kelonggaran itu, namun pasangan terbabit perlu mendapat kebenaran polis terlebih dahulu.

“Atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan setuju untuk membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan bekerja untuk merentas negeri bertemu keluarga masing-masing dengan syarat mendapat kebenaran dan kelulusan polis.

“Sama seperti yang lain-lain, kalau ada kes kecemasan memang kita benarkan, tetapi perlu maklum kepada polis dan dapatkan kebenaran terlebih dahulu,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKP di sini, semalam.

Bagaimanapun, Dato' Sri Ismail Sabri menasihati mereka yang bergejala sama ada mendapatkan rawatan terlebih dahulu, membuat saringan atau sebaik-baiknya menangguhkan perjalanan sehingga sihat.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of one or more people, people standing and text that says 'Penularan COVID-19 Pasangan jarak jauh dibenar rentas negeri disebabkan bekerja untuk 'Pelbagai reaksi timbul apa- merentas bertemu media sosial PKPB Kebenaran polis tetap diperlukan untuk bertemu suami, isteri Safeek Affendy Kuala Lumpur: Mulai membuat terlebih dahu- menasihati Ismail Sabri golongan berjumpa rlebih Pasangan suami isteri jarak jauh yang berada negeri Datuk lokasi bawah PKP syaratnya Ismail kelong dikompaun, nendapat kebenaran peningka- PKPB penjarakan ngan suami berjau- lebih Bagi tidak pergerakar ini Jalan 3pagi kenderaan kerana ingkar seramai ujian dan disah- positif COVID-19.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS