Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SISTEM e-PG KENDALI KES SAMAN TRAFIK DALAM TALIAN

Kuala Lumpur, 30 Januari 2021 - Prosiding lebih satu juta kes saman trafik di negara ini yang berpotensi berakhir dengan pengakuan bersalah, akan dikendalikan Mahkamah Majistret secara berperingkat dalam talian, tanpa memerlukan kehadiran secara fizikal Orang Kena Saman (OKS).

Kaedah berkenaan dapat dilaksanakan menerusi pelancaran Sistem Pengakuan Salah Kes Trafik Secara Dalam Talian (Sistem e-PG) bermula dengan projek rintis di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) dalam kenyataan semalam, memaklumkan Mahkamah Majistret 3 Shah Alam, akan melaksanakan prosiding itu bagi semua kes trafik yang didaftarkan bermula 2 hingga 5 Februari ini.

Katanya, pelancaran sepenuhnya Sistem e-PG di Mahkamah Majistret seluruh Semenanjung akan bermula 1 April ini, manakala bagi Sabah dan Sarawak bermula Jun.

"Sistem e-PG ini dapat mengurangkan keperluan penerima saman kesalahan trafik hadir ke mahkamah, sekali gus menjimatkan masa, wang ringgit dan menjaga keselamatan serta kesihatan ketika pandemik COVID-19 melanda," katanya.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Image may contain: text that says 'Kuala Lumpur: Prosiding lebih daki OKS untuk hadir secara fi- dilancarkan ekoran Majistret Sistem e-PG kendali kes saman trafik dalam talian kehadi yang terdiri berkenaan bersalah untuk hukuman mengu- Ketua berkenaan UPERCAB memak- COVID-19 memohon n badan pendi- teknolog terbu- seluruh hujahan membuat digunakan Sistem -PG dilancarkan saman kesalahan trafik nadır mudah kepada sedia ada yang mengurangkan keperluan mahkamah. hiasan) mematuhi kaedah rintis, orang syang pengakuan Sistem. OKS mengaku bagi dan dan_pemberian lumat menerus e-PG boleh .gov.my bermua Februari berbuat demikian.' daftar memilih mem- orang aliran boleh boleh Malaysia untuk sebarang'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS