Terima kasih diucapkan kepada Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di atas keprihatinan dan penghargaan beliau kepada "Frontliners" dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya yang hadir menjaga keselamatan dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipatuhi sepanjang pelancaran Program ‘Musa’adah’ COVID-19 2.0 Khaira Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Misi Pasca Banjir Khaira PPZ 2021 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia yang diadakan di Perkarangan Kompleks Islam Putrajaya, semalam.
Didoakan agar Datuk Seri Dr. Zulkifli sentiasa diberikan kesihatan yang baik dalam menjalankan tugas kepimpinan demi agama dan negara.
Semoga Allah SWT melimpahkan kesejahteraan buat kita semua. Amin Ya Rabbal Alamin.
Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
Link: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/423391292207097/