Kuala Lumpur, 1 Februari 2021 - Menteri Kanan (Keselamatan) Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz membuat lawatan di sekatan jalan raya (SJR) Sentul Pasar, di sini, sebentar tadi.
Ketibaan beliau disambut mesra oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Saiful Azly Kamaruddin bersama Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Tuan Beh Eng Lai.
Lawatan kerja tersebut bertujuan meninjau penugasan sekatan jalan raya yang dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta menyampaikan sedikit sumbangan buat para petugas SJR.
Turut hadir, Panglima Tentera Darat, ATM, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN