Menu

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: POLIS TUMPAS SINDIKET PENGEDARAN DADAH, RAMPAS GANJA BERNILAI RM373,075

Shah Alam, 4 Februari 2021 - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis Ganja bernilai RM373,075 selepas menahan lima lelaki dalam empat serbuan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, Isnin lepas.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, DCP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek terdiri daripada empat lelaki tempatan dan seorang warga Kemboja berstatus penduduk tetap berumur 35 hingga 43 tahun itu ditahan dalam serbuan sekitar pukul 6.15 pagi hingga 6.55 pagi.

Beliau berkata dalam serbuan pertama di Subang Jaya, seorang lelaki tempatan dan warga Kemboja itu ditahan ketika memunggah ketulan mampat ganja daripada sebuah treler ke sebuah kereta di tepi jalan di Taman Perindustrian Subang.

“Polis percaya 150 ketulan Ganja seberat 149.23 kilogram yang dipunggah daripada treler terbabit adalah bagi pasaran Lembah Klang dan selatan Semenanjung. Ia dipercayai diperoleh dari negeri di utara Semenanjung.

“Susulan penahanan itu, polis turut merampas lima kenderaan dan wang tunai dengan jumlah keseluruhan RM879,575. Kesemua suspek direman hingga Ahad ini mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1928406

Sumber: Polis Selangor dan BERNAMA

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person

May be an image of indoor

No photo description available.

May be an image of money

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS