Menu

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 70,548 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 3,204 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,232 anggota telah membuat pemantauan di 5,676 buah restoran, pasar raya (3,994), bank (3,566), penjaja (2,322), kilang (1,690) dan pejabat kerajaan (819).

Turut dipantau ialah 962 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (1,537) dan terminal pengangkutan udara (92). Semalam, seramai 747 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 723 dikompaun manakala 24 individu direman.

Antara kesalahan direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka (159), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (113), tiada penjarakan fizikal (140), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (156), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (50), keluar rumah tanpa alasan munasabah (41) dan lain-lain (88).

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (5 Februari 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#05022021

May be an image of 1 person and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus Setia PN (Komunikasi Korporat) TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM PEMERIKSAAN PEMANTAUAN SOP PKP 70,548 BILANGAN PASUKAN PEMATUHAN 3,204 INDIVIDU DITAHAN INGKAR SOP 747 723 KOMPAUN 24 DIREMAN JENIS-JENIS KESALAHAN YANG MASIH DILAKUKAN: 1. Tidak memakai pelitup muka 2. Merentas daerah negeri tanpa kebenaran. 3. Gagal mematuhi penjarakan fizikal. 4. Gagal menyediakan peralatan/ merekod diri pelanggan. 5. Premis beroperasi lebih masa tanpa kebenaran. 6. Keluar rumah tanpa alasan munasabah. Sumber: Kenyataan Menteri Kanan Pertahanan Bertarikh5 2021 Polis Diraja Malaysia pdrmsia_official DRMsia PDRMsia PDRMsia Official'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS