Menu

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 #PDRMTolakRasuah KERATAN AKHBAR PILIHAN: WARGA ASING CUBA RASUAH POLIS UNTUK RENTAS NEGERI MEMBAWA PADAH


Bentong, 7 Februari 2021 - Tindakan seorang lelaki warga asing yang cuba memberi rasuah kepada polis bagi mendapatkan kebenaran merentas negeri membawa padah apabila dia ditahan dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi semalam itu suspek yang bekerja sebagai buruh binaan cuba memberi sogokan sebanyak RM200 kepada anggota polis di Balai Polis Bukit Tinggi di sini.

"Warga asing itu datang ke Balai Polis Bukit Tinggi untuk mendapatkan permit pergerakan merentas negeri dari Bukit Tinggi ke Kuala Lumpur tetapi selepas meneliti dokumen sokongan, permohonan lelaki itu ditolak.

"Lelaki berusia 28 tahun itu memberi wang sogokan sebanyak RM200 kepada anggota polis iaitu Sarjan Mejar Maznan Omar, Koperal Suhaimi Abdul Rahim, Koperal Dully Dampa dan Lans Koperal Muhamad Syafik Muhamaf Saari untuk meluluskan permohonannya," katanya di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Kosmo di lampiran.

Sumber:
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS