Menu

ARTIKEL PILIHAN: BAYARAN RM500 UNTUK PESARA, BEKAS POLIS PENERIMA PJPN, PETUGAS ZAMAN DARURAT

Kuala Lumpur, 8 Februari 2021 - Bayaran 'one off' RM500 yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 akan disalurkan kepada pesara dan bekas polis yang menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) serta petugas polis yang berkhidmat pada zaman darurat.

Bayaran dijangka dibuat dari Mac hingga November depan itu akan diselaraskan oleh Jabatan Pengurusan, Bukit Aman kepada kepada mereka yang layak mengikut statut PJPN, termasuk yang belum menerima pingat.

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia, CP Dato' Ramli Din, sebelum ini berkata, pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan dan perlu disahkan seperti disyaratkan dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7, Tahun 2018.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan talian 03-22664011/4012/4013/4015 dan Bilik Gerakan ePesara PDRM yang beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari bekerja.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS