Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ANAK BUKAN ALASAN IBU BAPA LAKUKAN PENDERAAN

Shah Alam, 8 Februari 2021 - Kanak-kanak tidak boleh disalahkan atau dijadikan penyebab untuk ibu bapa melakukan penderaan walaupun mereka nakal atau terlebih aktif.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, SAC Tuan Haji Ghazali Haji Daud berkata, terdapat 13 faktor yang membawa kepada penderaan. Antaranya kewangan, tekanan kerja di pejabat, krisis rumah tangga dan kurang kesedaran tentang agama.

Katanya, faktor berkenaan menyebabkan orang dewasa khususnya ibu bapa gagal mengawal emosi.

"Kebanyakan ibu bapa bukan tiada pengetahuan mengenai isu penderaan, tetapi gagal mengurus emosi sehingga hilang kawalan apabila dihimpit masalah.

"Sebab itu nak didik emosi, agama adalah yang terbaik. Kena lalui proses tarbiah, ikuti kelas agama dan cari kekuatan dalaman untuk pastikan diri terkawal," katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian di lampiran.
Sumber: Sinar Harian

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS