Menu

STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19

Semalam, sebanyak 3,147 Pasukan Task Force Operasi Pematuhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terdiri daripada 14,476 anggota telah melakukan 71,336 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP diseluruh negara.

Sebanyak 3,902 pasar raya, 5,797 restoran, 1,735 kilang, 1,396 pasar awam/tani, 3,933 bank, 954 pejabat kerajaan, 3,518 tempat ibadah serta 1,616 tempat riadah telah diperiksa.

Semalam, PDRM juga telah menahan 745 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP.

Daripada jumlah itu, 701 telah dikompaun, 41 individu direman manakala tiga (3) dijamin.

Antara kesalahan ingkar SOP termasuk:

• Tiada penjarakan fizikal (156)
• Rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (151)
• Tidak memakai pelitup muka (129)
• Gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (112)
• Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (57)
• Aktiviti pusat hiburan (13)
• Lain-lain (127)

Untuk makluman, kelab malam, pusat hiburan serta pusat karaoke hiburan masih tidak dibenarkan beroperasi sejak mula PKP dan masih kekal dalam senarai terlarang atau negative list.

• Statistik serbuan dan tangkapan oleh PDRM melibatkan pusat
hiburan termasuk pub dan kelab malam sepanjang tempoh pelaksanaan PKP dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Januari 2021
adalah seperti berikut:

o Jumlah premis pusat hiburan diserbu: 951
o Jumlah kompaun yang dikeluarkan: 9,587
o Jumlah tangkapan: 4,666

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (9 Februari 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#09022021

May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus Setia PN (Komunikasi Korporat) TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM PEMERIKSAAN PEMANTAUAN SOP PKP 71,336 BILANGAN PASUKAN PEMATUHAN 3,147 INDIVIDU DITAHAN INGKAR SOP 745 701 KOMPAUN 41 DIREMAN 3 DIJAMIN POLIS JENIS JENIS KESALAHAN YANG MASIH DILAKUKAN: 1. Gagal mematuhi penjarakan fizikal. 2. Merentas daerah/ negeri tanpa kebenaran. 3. Tidak memakai pelitup muka. Gagal menyediakan peralatan/ merekod diri/ pelanggan. Premis beroperasi lebih masa tanpa kebenaran. Aktiviti pusat hiburan. Sumber: Kenyataan Medic Menteri Kanan Pertahanan Bertarikh9 f Polis Diraja Malaysia pdrmsia_official PDRMsia PDRMsia PDRMsia Official'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS