Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 64,379 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,009 Pasukan Pematuhan melibatkan 13,910 anggota telah membuat pemantauan di 6,108 buah restoran, pasar raya (4,008), bank (3,814), penjaja (2,706), kilang (1,649) dan pejabat kerajaan (752).
Turut dipantau ialah 1,087 terminal pengangkutan darat, terminal
pengangkutan air (266) dan terminal pengangkutan udara (71).
Semalam, seramai 759 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 715 dikompaun dan 44 individu direman.
Antara kesalahan direkodkan ialah:
Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (203)
Tiada penjarakan fizikal (167)
Tidak memakai pelitup muka (117)
Keluar rumah tanpa alasan munasabah (84)
Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (57)
Membawa penumpang berlebihan (22)
Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (12)
Aktiviti pusat hiburan (8)
Lain-lain (89).
Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (13 Februari 2021)
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
#KitaJagaKita
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#13022021