Kuala Lumpur, 13 Februari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dua kes yang dialami dua wanita yang mendakwa diganggu anggota polis yang menjalankan tugas Sekatan Jalan Raya (SJR), termasuk satu gangguan seksual.
Dalam kes di Jalan Duta, di sini, seorang wanita mendakwa ditanya oleh anggota polis sama ada dia memakai pakaian dalam atau tidak, selain memberi jaminan tidak akan mengeluarkan saman jika dia menunjukkan sama ada dia memakai pakaian dalam atau tidak.
Dalam satu lagi kejadian di Pulau Pinang, seorang anggota polis menghubungi wanita yang baru diperiksanya ketika melalui SJR dengan tujuan ingin berkenalan.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, CP Dato’ Zamri Yahya, berkata pada masa ini pihaknya sedang menjalankan siasatan kedua-dua dakwaan berkenaan.
"Siasatan pada masa ini adalah untuk mengenal pasti kedua-dua anggota terbabit berdasarkan keterangan dan maklumat yang ada.
"Pada masa sama, Bukit Aman sudah menghubungi kedua-dua wanita itu bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai anggota yang didakwa mengganggu mereka bagi membantu siasatan JIPS," katanya ketika dihubungi Berita Harian, hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/…/pdrm-siasat-anggotanya-soal-wa…
Sumber: Berita Harian Online
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
#LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN