Menu

POSTING PILIHAN: BUAT LAPORAN PALSU HILANG MYKAD ADALAH SATU JENAYAH!

Segelintir individu sanggup tampil membuat laporan polis palsu semata-mata mahu mengelakkan diri daripada dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara apabila ingin mengemukakan permohonan bagi menggantikan MyKad yang hilang.

Tahukah anda, membuat laporan polis palsu berhubung kehilangan MyKad adalah satu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Manakala di bawah Seksyen 25 (1)(b) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan kesalahan.

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS