Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] KES TULAR: PENIAGA ARNAB PERAP AKAN DIPANGGIL BERI KETERANGAN


Petaling Jaya, 15 Februari 2021 - Polis akan memanggil peniaga yang mendakwa produk daging arnab perap miliknya diambil tanpa dibayar oleh seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Tol Putra Heights, Subang Jaya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Tuan Abd. Khalid Othman berkata, semua saksi kejadian termasuk anggota SJR lain yang bertugas pada 12 Februari lalu tersebut akan turut dipanggil memberi keterangan.

"Anggota SJR terlibat telah membuat laporan polis nafi dakwaan itu semalam. Polis itu memaklumkan semasa memeriksa peniaga itu di SJR, dia bertanya jika ada daging arnab perap lebih untuk dibeli.

"Peniaga itu tawar dua paket daging arnab perap, tetapi pada harga RM40 untuk dua paket. Peniaga itu mahu mengambil gambar anggota polis itu pegang produknya untuk tujuan promosi," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Katanya, anggota itu bersetuju dengan permintaan tersebut dan tak sangka gambar itu ditularkan dengan dakwaan dia tidak membayar penuh harga makanan.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Kosmo di lampiran.

Sumber: Kosmo

May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS