Menu

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM


Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia
(PDRM) telah membuat 78,369 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 2,978 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,648 anggota telah membuat pemantauan di 6,048 buah restoran, pasar raya (4,217), bank (3,858), penjaja (2,625), kilang (1,715) dan pejabat kerajaan (681).

Turut dipantau ialah 1,164 terminal pengangkutan darat, terminal
pengangkutan air (267) dan terminal pengangkutan udara (91).
Semalam, seramai 1,111 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 1,040 dikompaun manakala 71 lagi individu direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
 Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (306)
 Tiada penjarakan fizikal (300)
 Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (107)
 Tidak memakai pelitup muka (97)
 Keluar rumah tanpa alasan munasabah (68)
 Membawa penumpang berlebihan (58)
 Aktiviti pusat hiburan (55)
 Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (11)
 Lain-lain (109).

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (15 Februari 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus PN (Komunikasi Korporat) TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM PEMERIKSAAN PEMANTAUAN SOP PKP 78,369 BILANGAN PASUKAN PEMATUHAN 2,978 INDIVIDU DITAHAN INGKAR SOP 1,111 1,040 KOMPAUN 71 DIREMAN DIJAMIN POLIS 8. Aktiviti pusat hiburan. JENIS-JENIS KESALAHAN YANG MASIH DILAKUKAN: 1.Merentas 1. daerah/ negeri tanpa kebenaran. Gagal mematuhi penjarakan fizikal. Gagal menyediakan peralatan merekod diri pelanggan. Tidak memakai pelitup muka. 5. Keluar rumah tanpa alasan munasabah. Membawa penumpang berlebihan. Premis beroperasi melebihi masa tanpa kebenaran. Sumber: Kenyataar Media Menteri Kanan Pertahanan Februari 2021 Polis Diraja Malaysia PDRMsia DRMsia PDRMsia Official'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS