Menu

#PKP #PKPD #PKPB #PKPP #COVID-19 HEBAHAN: LAPORKAN ADUAN PELANGGARAN SOP PKP / PKPD / PKPB / PKPP DI BALAI POLIS BERHAMPIRAN ANDA

Hentikan 'trend' menularkan isu-isu yang tidak sahih berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) PKP / PKPD / PKPB / PKPP melalui media sosial.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan ramai pihak yang tidak bertanggungjawab cuba meraih kesempatan dengan menularkan pelbagai isu di media sosial tanpa menilai kesan baik dan buruknya kepada masyarakat lain.
Sewajarnya, isu-isu tersebut hendaklah dilaporkan terus kepada PDRM agar tindakan lanjut dapat segera diambil.

Ingat, kematangan andalah yang menentukan baik dan buruknya isu tular di media sosial

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS