Aktiviti pemuzik jalanan atau “buskers” dibenarkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pematuhan semua prosedur operasi standard (SOP) berkuatkuasa 26 Februari 2021.
Selain itu, penghantaran anak ke sekolah atau asrama oleh ibu bapa juga dibenarkan dengan surat pengesahan daripada sekolah atau asrama bermula 1 Mac 2021. Dokumen ini tidak perlu pengesahan pihak polis.
Turut dibenarkan adalah aktiviti “Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions (MICE)” serta mesyuarat bersemuka dengan penjarakan fizikal berkuat kuasa 5 Mac 2021.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN