Kajang, 26 Februari 2021 – Polis menahan 31 individu termasuk empat wanita warga China kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pusat panggilan perjudian dan lelongan tidak wujud menerusi serbuan di Hulu Langat, di sini, petang kelmarin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, CP Dato’ Zainuddin Yaacob berkata, serbuan pada 12.30 tengah hari di Taman Hulu Langat Jaya terhadap sindiket yang dipercayai beroperasi sejak sebulan setengah lalu itu dilakukan hasil maklumat orang awam.