Menu

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 #WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS RAMPAS SYABU RM3.6 JUTA DALAM LONGGOKAN SAMPAH

Kota Bharu, 26 Februari 2021 - Polis merampas 101 kilogram (kg) Syabu bernilai RM3.6 juta selepas menyerbu sebuah rumah kosong di Lubok Gong, Rantau Panjang, malam kelmarin.

Rampasan jam 10.30 malam itu hanya kira-kira 100 meter dari lokasi rampasan Syabu bernilai RM4.28 juta, pada Isnin lalu.

Modus operandi sindiket berkenaan juga hampir sama dengan meninggalkan bekalan terbabit, manakala bekalan Syabu malam kelmarin ditinggalkan dalam longgokan sampah di belakang rumah.

Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Shafien Mamat berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari D9 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas mendapat maklumat.

"Sebaik pasukan mendekati kediaman ini, kita mendapati rumah berkenaan tidak berpenghuni sebelum menemui 24 bungkusan plastik mengandungi Syabu. "Hasil pemeriksaan mendapati 101kg dadah dengan anggaran nilai RM3.6 juta.

"Berdasarkan kaedah pembungkusan dan modus operandi yang digunakan, kita percaya kegiatan ini didalangi sindiket yang sama dengan penemuan Syabu pada Isnin lalu, termasuk jarak lokasi hanya 100 meter,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Berita Harian di lampiran.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS