Menu

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19 STATUS TERKINI TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM

Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 78,831 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Seramai 5,214 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,175 anggota telah membuat pemantauan di 6,207 buah restoran, pasar raya (4,397), bank (4,130), penjaja (2,604), pasar awam/tani (2,323), kilang (1,504) dan pejabat kerajaan (812).

Turut dipantau ialah tempat ibadah (4,113), tempat riadah (1,633), terminal pengangkutan darat (1,469), terminal pengangkutan air (242) dan terminal pengangkutan udara (134).

Semalam, seramai 432 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 414 dikompaun manakala 18 lagi direman.

Antara kesalahan direkodkan ialah:
 Gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (108)
 Tiada penjarakan fizikal (106)
 Tidak memakai pelitup muka (96)
 Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (51)
 Keluar rumah tanpa alasan munasabah (42)
 Aktiviti Perjudian (18)
 Premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (10)
 Lain-lain (1)

Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan (27 Februari 2021)

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

May be an image of 1 person, standing and text that says 'PDRMsia #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: Urus KPN (Komunikasi Korporat) TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN PDRM PEMERIKSAAN PEMANTAUAN SOP PKP 78,831 BILANGAN PASUKAN PEMATUHAN 5,214 INDIVIDU DITAHAN INGKAR SOP 432 414 KOMPAUN 18 DIREMAN 0 DIJAMIN POLIS JENIS-JENIS KESALAHAN YANG MASIH DILAKUKAN: 1. Gagal menyediakan peralatan merekod diri butiran pelanggan. Gagal mematuhi penjarakan fizikal. Tidak memakai pelitup muka. Merentas daerah negeri tanpa kebenaran. Keluar rumah tanpa alasan munasabah. 6. Aktiviti perjudian. 7. Premis beroperasi melebihi masa tanpa kebenaran. Sumber: Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan Februari 2021 Polis Diraja Malaysia mia_of PDRMsia DRMsia PDRMsia Official'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS